Monday, March 16, 2009

REDCAT KARA_TRIBE

KARA_TRIBE ROAD TO LIBARAN PART 2

Lokasi : Takat Di Sekitar Bagang & Pulau Libaran
Tarikh : 7 - 8 Mac 2009
Ahli Kara_Tribe : Mail, Ameng, Bam, Rajid & Jack
Member lain : Joe & Romi.
Cuaca dan Keadaan Laut : Cuaca tidak menentu dan laut bergelora.
Hasil Tangkapan : Ikan Tabung, Ikan Kerapu, Ikan Merah dll.
Catatan : Kali ini aku tidak dapat ikut trip kerana terpaksa menghadiri persidangan persuratan dan kebudayaan kebangsaan di KK. So miss lah aku trib kali ni. Rombongan bertolak pada jam 3.00 petang dari Sungai Kayu. Umpan yang diguna adalah udang dan juga sotong. Tribe kali ini 2 hari 1 malam.

Aksi & Gambar :
Ini lah gambar Rajid, Bam, Jack & Ameng. Kali ni joe, kalau turun laut pakai baju kara_tribe tu.
Bersiap sedia untuk ke laut. Banyak juga barang kau bawa ni jack. Ini memancingkah pindah rumah.... hehehehe...
Rupanya ada juga askar Jepun sesat dalam bot........
Joe, Ikan apa tu? Hebat kau ni joe!!!
Wah!!!! Mail ni kalau memancing selalu dapat ikan. Ini mesti baca doa sendiri-sendiri.....
Bot Romi...... macam beralun geng....

Inilah hasil pancing........lumayan juga kalau dicampur semuanya....

REDCAT KARA_TRIBE

Tuesday, March 3, 2009

ROAD TO LIBARAN PART 1

Lokasi : Takat Di Sekitar Bagang & Pulau Libaran
Tarikh : 28 Februari - 1 Mac 2009
Ahli Kara_Tribe : Vensaid (Ven1799).
Member lain : Gajali Nasri (Mr. Lee), Hussin Said (Usin) & Romi.
Cuaca dan Keadaan Laut : Cuaca tidak menentu dan laut bergelora.
Hasil Tangkapan : Ikan Aguhud, Ikan Tabung, Ikan Manyung, Ikan Kerapu dll.
Catatan : Kami bertolak pada jam 3.00 petang dari Sungai Kayu. Umpan yang kami guna adalah udang dan juga sotong. Tribe kali ini 2 hari 1 malam.

Aksi & Gambar :

Ini lah bot yang kami gunakan untuk Tribe kali ini. Bot ni milik Romi. Kami guna engin 30.


Ini lah Romi, empunya bot dengan aksi sebagai boatman. Gua caya pada kau Romi..... Di laut juga perlu pandu cermat...laut bergelora tu, abis kita kena tampias air laut.

Ini lah gambar aku dengan Mr. Lee. Di belakang tu Romi.....

Ini pula Usin... Ini Otai laut...... & Jangkar man juga....

Di bagang bendera ni species ikan Aguhud banyak......Apa boleh buat bossss.....laut bergelora terpaksa juga mencari pelindungan dekat Libaran. Kalau dibagang ni nanti karammmm.... Taiko Romi juga surrenderrrr dengan ombak....

Hoiii...... kalau pegi laut memancing....bukan tidur...... Jawab teka-teki ni... Banyak-banyak Gajah, Gajah apa yang tidur di atas bot? hehehehe.....

Aku dengan baju hujan.....kerana sejap-sejap hujan turun...... nasib baik ada bawa baju hujan.

Otai Usin.... ada juga mematuk kah? Kau ni raja kerapu....lah, tribe ni banyak ikan kerapu kau dapat.

Ini lah aksi Mr. Lee.... dengan Opusbull nya.... cayalah Mr. Lee..

Otai Usin bergambar dengan Ikan Kerapu.....

Romi dengan hasil tangkapannya... Ikan Putih GT.... Boleh tahan kau ni mie....

Mr. Lee.... dengan Ikan Manyung seberat 4 Kilo lebih...... mana Ikan Sembilang mu?

Inilah antara hasil tangkapan ku.... Ikan Aguhud & Ikan Tabung. Hehehe.....



Inilah antara gambar-gambar ikan yang kami dapat.
JUMPA LAGI DI LAIN TRIBE....

ROAD TO TAKAT KELAPA, NUNUYAN

Lokasi : Takat Kelapa di Nunuyan
Tarikh : 20 Februari 2009
Ahli Kara_Tribe : Amat Abas (Jack), Ebrahim Tahir (Bam), Ustaz Ismail (Mail) & Vensaid (Ven1799).
Member lain : Kipli (Boatman) & Mamat (Boatman).
Cuaca dan Keadaan Laut : Cuaca kurang baik dan laut bergelora.
Hasil tangkapan : Ikan Kutambak, Ikan Merah, Ikan Bonus, Ikan Kerapu dll.
Catatan : Kami bertolak pada jam 9.30 pagi dari Jeti Tinusa Jambatan 1. Umpan yang kami guna adalah udang presh. Tribe kali ini juga penuh cubaan. Pertama planning kami turun dari jeti Batu Putih dan Engin bot kami pinjam dari iparku. Tapi semua planning rosak, hujung-hujung kami guna semua peralatan iparku termasuk boat dengan orang-orangnya sekali.

Aktiviti & Aksi :

Gambar sebelum turun ke laut. Dari kiri.... Mamat (Iparku), Jack, Kipli, Bam, Mail & Kilat (Iparku)



Inilah boat "Kerana Mu", kami ke laut guna dua boat. Bot pertama (Mamat, Aku & Mail) & bot kedua (Kipli, Bam & Jack)


Inilah Ikan Merah yang aku dapat konon...... Biar kecil tapi....... hehehe...

Inilah aksi Mail dihujung bot. Jangan bergoyang ustaz....bot ni linggar jatuh kita nanti....


Wah.... Jack dapat Ikan Kerapu.... Kau juara Tribe kali ini Jack.....

Aku denga aksi kena hujan. Basah kuyup beb..... dibelakang tu si Mamat. Tengok awan di atas menghitam.....

Bam ikan apa kau dapat tu.....hehehe.... besar juga....

Jack..... jangan tipu lah. Ikan tu bukan besar kecil je. Tapi kau kasih close up memang lah nampak besar.... puiiii.... hehehehe....

Tengok..... gambar ni basah kuyup kami. Ini gambar semasa kami balik. Kami terpaksabalik awal kerana cuaca yang tidak mengizinkan.


Inilah hasil pendapatan kami..... Tunggu kau takat Kelapa nanti kami balik....
JUMPA LAGI DI LAIN TRIBE.....