Monday, February 16, 2009

ROAD TO ASSAM PART II

Lokasi : Assam
Tarikh : 14 Februari 2009
Ahli Kara_Tribe : Amat Abas (Jack), Ebrahim Tahir (Bam), Ustaz Nazri (Nakriz), Rajid (Dr. Rajid), Abdul Rahman (Man), Abdullah Hussin (Ameng), Ustaz Hafizan (Pizan) & Vensaid (Ven1799).
Member lain : Budi (Boatman) & Jamil (Bro).
Cuaca dan Keadaan Laut : Cuaca baik dan arus juga perlahan.
Hasil tangkapan : Ikan Kutambak, Ikan Sembilang, Ikan Kenahak, Ikan Kerapu dll.
Catatan : Kami bertolak pada jam 6.00 petang dari Jeti Sinora. Umpan yang kami guna adalah umpan Sotong. Sotong segar jadi pilihan ikan-ikan di Assam berbanding sotong pasar yang tidak laku kecuali Ikan Utik dan Ikan Badukang yang hentam umpan apa saja.





Gambar dan Aksi :





Jack & Pizan sedang mengatur pancing masing-masing. Untuk perhatian Pizan ni promosi joran yang baru dibeli.


Jack & Ameng sedang berlakon mengatur pancing. Cukup-cukup lah itu Jack. Banyak udah gambar mu..... hehehe....


Gambar kenangan sebelum turun ke Assam.... dari kiri Pizan, Nazri, Ven, Rajid, Jack, Ameng dan Rahman. (Bam tiada dalam gambar kerana dia yang ambil gambar.....sorry joe. Rugi kalau jadi tukang gambar....e e e e rrrr...

Apa yang sedang kamu renung tu Bam & Rajid....

Rajid sedang menyindat sotong di atas tong merah. Kemek la tong tu Jid. Si Budi menjeling terus tu....

Inilah Ikan Kenahak (Ikan Tabung) yang aku dapat. Aku yang dahulu dapat ikan.... ada lesen joe...


Rajid dengan aksi bergambar dengan Ikan Tabung. Macam aku kenal je ikan tu Jid....



Tidak rugi joran baru Pizan.... dapat juga ikan. Bukan macam si Nazri kilarrr.....



Inilah hasil tangkapan kami satu malam. Lumayan juga..... tapi kalau umpan sotong segar kami banyak siut.... konfirm banyak lagi ikan yang kami dapat.

Sudah-sudahlah itu Pizan.... Ohhhh.... ini gambar mahu hantar pi semenanjung ka?



Inilah gambar-gambar Member Kara_Tribe Sandakan yang ke ASSAM... gua caya cama kamu.....

JUMPA LAGI DI LAIN TRIBE

No comments:

Post a Comment